RSS
 

KHASIAT BUAH TIN

05 Apr

buah tin

1. Pengambilan berterusan buah tin dapat mengurang keletihan dan meningkatkan daya ingatan,

2. Buah tin kaya dengan serat,kuprum, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K yang diperlukan untuk tubuh manusia.

3. Mengandungi serat, kalium, dan magnesium yang dapat mengurangkan serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah.

4 Mempunyai “polyphenols” yang tinggi berfungsi sebagai antioksidan yang penting bagi tubuh, memperbaiki radikal bebas

5. Buah tin mengandung kalium, omega tiga dan omega enam yang berfungsi untuk menjaga tekanan darah tinggi dan serangan jantung

6. Mengandungi pektin yang dapat membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.

7. Buah tin kaya dengan serat, oleh itu pengambilannya mampu mengurangi masalah berat badan.

8. Buah tin kaya dengan vitamin A, B dan C. Serta Mengandungi vitamin A, vitamin B, vitamin C, kalsium, fosfat dan zat besi yang diperlukan untuk keperluan tubuh

9. Mengandungi serat yang tinggi, glukosa dan fruktosa mampu mengawal kadar gula darah seseorang

10. Membantu meningkatkan sistem imuniasi badan

 

Share/Save/Bookmark

 
 

Penjagaan Kesihatan Musim Panas Melampau – El Nino

28 Mar

kelapamuda

Panas melampau yang sedang melanda negara kita Malaysia telah menjejaskan kualiti kesihatan rakyat. Kesedaran perlu wujud pada setiap individu untuk mendepani masalah panas melampau bagi mengelak gejala lebih buruk seperti stroke haba atau seumpamanya.

Meminum air kelapa muda adalah antara saranan kepada masyarakat ketika ini. Amalan ini mampu mengembalikan suhu badan ke paras normal. Air kelapa muda mengandungi pottasium, klorida, magnesium, kalsium, sodium dan lain-lain lagi yang bermanfaat kepada kesihatan tubuh.

Antara amalan lain yang boleh membantu menghindari diri kita daripada gejala akibat kepanasan melampau adalah:

1. Banyakkan meminum air kosong tanpa mengira aktiviti

2. Hadkan aktiviti luar, lebihkan masa di dalam rumah

3. Kurangkan meminum minuman berkafein, bergula dan jauhi alkohol

4. Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar

5. Elakkan terutama anak-anak daripada duduk di dalam kereta tanpa pendingin hawa

6. Pakai pelindung kepala seperti payung dan seumpamanya

7. Minum minuman isotonik bagi menggantikan garam yang hilang dari tubuh

Semoga dapat diamalkan demi kekal sihat…insya Allah.

Share/Save/Bookmark

 
 

KHASIAT MADU LEBAH UNTUK KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL

17 Oct




  1. Penawar Pelbagai Penyakit

Madu lebah adalah anugerah istimewa kepada manusia daripada PENCIPTA, khususnya di dalam bidang perubatan tradisional. Madu lebah telah dijadikan penawar kepada pelbagai jenis penyakit sejak sekian lama. Allah S.W.T sendiri telah menyebut di dalam Al-Quran tentang keistimewaan madu lebah. Malah Allah S.W.T telah memberikan nama salah satu surah di dalam Al-Quran sebagai surah An-Nahl bermaksud lebah.

Firman Allah s.w.t Di Dalam Al-Quran :

”Kemudian  makanlah  dari tiap – tiap ( macam ) buah -buahan dan tempuhlah  jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat  yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya  pada yang demikian  itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

-(Surah An Nahl: 69)-

2. Madu Meningkatkan Kualiti Kesihatan Otak

Madu lebah kaya dengan nutrien yang diperlukan oleh tubuh seperti zat besi, kalium, magnesium, kalsium, kuprum, sulfur, fosforus, vitamin A, vitamin B Complex, C, D, K, fruktosa, glukosa, maltosa, sukrosa, asid amino dan sumber antioksidan. Sumber nutrien yang kaya telah menjadikan madu lebah  terkenal sebagai penawar berbagai penyakit dan menyumbang kepada kesihatan menyeluruh termasuk otak. Sel-sel otak yang subur akan dapat menyimpan maklumat dengan lebih banyak,meningkatkan kecerdasan mental, menguatkan daya ingatan, meningkatkan krativiti, memberi tenaga otak serta menguatkan antibodi khususnya kanak-kanak.

3. Madu Mengandungi Antioksidan Dan Sedatif

Selain itu, madu lebah juga mengandungi sumber antioksidan yang tinggi, yang mana dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak. Malah madu lebah boleh bertindak sebagai “painkilleruntuk penyakit migrain, melegakan sistem saraf dan juga membantu memulihkan insomnia. Madu bertindak sebagai sedatif  (penenang) kepada sistem saraf sekaligus memberi keselesaan dan kelegaan pada tubuh badan.

Cadangan : satu sudu makan setiap pagi (menggunakan sudu plastik)

Share/Save/Bookmark

 
 

SELAMAT HARI GURU: KOLEKSI UCAPAN MESRA HARI GURU

16 May

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody, Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..

SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
Garang orangnya, itulah guru disiplin..
Penyayang orangnya, itulah guru prasekolah.
Sabar orangnya, itulah guru pendidikan khas..
Sentiasa cool & tak pernah marah, itulah guru kaunseling..
Petah berucap, itulah guru besar..
Pelik orangnya, itulah guru pendidikan seni..
Gelap orangnya, itulah guru pendidikan jasmani..
Warak orangnya, itulah guru agama..
Sopan orangnya, itulah guru pendidikan sivik..
Berbahasa orangnya, itulah guru Bahasa Malaysia..
Berseni bahasanya, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..

SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu
C: Cantik budi pekertinya.
I: Inovatif praktisnya.
K: Kreatif mindanya.
G: Garang semangatnya.
U: Unggul ilmunya

(Yang ni jangan marah……gurau2….)
Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
“MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK”

Copy dari rakan guru…

Share/Save/Bookmark

 
 

Panduan Penggunaan Media Sosial Kepada Kanak-kanak

30 Apr

media2

Internet bukan lagi suatu yang janggal pada zaman ini. Walaupun tidak boleh dinafikan kebaikan internet kepada manusia, namun gejala negatif tetap wujud. Samada penyalahgunaan internet oleh pengguna atau peribadi pengguna terancam dengan jenayah siber.

Apa yang menjadi kebimbangan para ibu bapa adalah risiko yang menanti anak-anak apabila mereka berinternet. Terlalu banyak kecenderungan hadirnya risiko dan gejala negatif, samada menerusi blog, Youtube, Facebook, Whatsapp, Telegram dan sebagainya.

Apatah lagi penggunaan smartphone yang begitu meluas kini. Melayari internet dan bersosial menjadi lebih mudah dengan penggunaan smartphone.

Beberapa tips penting diketengahkan untuk dijadikan panduan kepada ibu bapa untuk membimbing anak-anak menjadi pengguna internet sihat di alam siber. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM 2014 MELALUI SMS DAN LALUAN KERJAYA

03 Mar

Debaran menanti keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 bakal berakhir hari ini. Para calon akan menerima keputusan peperiksaan masing-masing seawal pukul 10 pagi hari ini di sekolah masing-masing.

Kini, para calon boleh mengetahui keputusan masing-masing dengan lebih pantas dan mudah melalui SMS. Jadi, mereka telah mengetahui lebih awal sebelum tiba di sekolah untuk mengambil slip keputusan penuh mereka.

Caranya mudah sahaja. Taip SPM<JARAK>NO.KAD PENGENALAN<JARAK>ANGKA GILIRAN dan hantar ke 15888 Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

KISAH KANAK-KANAK BIJAK, MEMOTIVASI DAN MEMBERI PENGAJARAN

09 Jan

Selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

“Abang nak beli kuih?” katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik… Abang dah pesan makanan,” jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja. Read the rest of this entry »

Share/Save/Bookmark

 
 

KECERDASAN MINDA DAN OTAK MELALUI EXAMO

06 Jan

SENARIO EXAMO

MENURUT penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan kanan mempunyai tungsi yang agak berbeza.

Penyelidikan yang dijalankan oleh saintis lain kemudian daripada mereka juga menunjukkan keputusan yang sama.

Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang belum konkrit dan masih kabur. Termasuk dalam medan fungsi otak kanan ialah aspek bentuk dan pola, manipulasi, ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar sebagai otak seni.

Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk. Ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa dan formula matematik, logik (rnantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, seni kata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains.

Ada pendapat mengatakan orang Melayu terutamanya lebih cenderung kepada hal-hal kesenian dan mengabaikan persoalan berkaitan Matematik dan Sains. Maknanya orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri. Fikiran orang Melayu lebih banyak merawang secara tidak berturnpuan. Tidak bersandarkan fakta kukuh.

Mungkin hanya dalam masyarakat Melayu sahaja di mana serba serbi boleh dikaitkan denganseni: senisilat, senilakon, senikata, senipahat, senitari, seni pertukangan, seni muzik, seni ukir dan pelbagai seni lagi.

Sesuatu yang seni mesti bersifat halus. Halus itu lambang kecantikan dan keindahan. Seni itu begitu sulit hendak diberikan tafsiran dan garis panduan yang tepat. Ia lebih merujuk kepada rasa hati sendiri. Terlalu subjektif.

Orang Melayu boleh berbual berjam-jam di warung dengan hanya secawan kopi, misalnya perkara atau subjek yang dibualkan itu terlalu pelbagai sehingga tidak berkesudahan. Tiada dahulu dan tiada akhirnya. Istilah yang digunakan untuk perbuatan berbual begini ialah berborak.

Berborak boleh jadi bermaksud bohong. Mungkin itu sebabnya pelajar Melayu dikatakan lemah dalam mata pelajaran matematik dan sains jika dibandingkan dengan pelajar bukan Melavu. Mungkin ini pandangan secara rambang sahaja. Sebab Matematik dan Sains berdiri atas asas yang berfakta.

Fakta adalah hujah yang ku­kuh. la memerlukan penuh tum­puan. Fikiran dan tenaga. Tidak boleh diambil mudah. Matematik dan Sains memerlukan penglibatan otak kiri yang lebih. Disinilah rnungkin kelernahan yang terdapat pada orang Melayu lebih menggunakan otak kanan daripada otak kiri, sehingga otak kiri dalam keadaan terbiar dan kurang berfungsi.

Jika hal ini benar untuk mengaktif dan memajukan semula otak kiri, maka ia hendaklah dirangsang.

Bagaimana Merangsang Otak Kiri.

Mula-mula sekali kita kenalah berani untuk mengubah sikap yang kurang sesuai dengan keperibadian orang Matematik dan Sains. Biasa kita dengar dalam bualan orang melayu kata-kata begini “Jangan berkira sangatlah”, atau “cincai sajalah” atau “Lebih kurang sudahlah” atau Agak-agak jadilah.”

Semua kata-kata begini menanda­kan begitu simplistiknya pemikiran orang berkenaan. Begitu lurus sampai ke tahap bodoh. Jika kita mahu menjadi lebih cemerlang, dalam Matematik dan Sains, kita kena lakukan perubahan

Kita kena campakkan jauh-jauh kebiasaan yang sudah berakar umbi dalam budaya kita. Mulai sekarang kita kena berkira, kita tidak boleh buat cincai, kita mesti kira dengan betul dan tak boleh pakai agak-agak sahaja.

MATSA untuk pelajar lemah Matematik dan Sains

Mungkin pelbagai usaha telah dilakukan oleh ibu bapa untuk meningkatkan prestasi pelajaran Mate­matik dan Sains anak mereka. Jika ada perubahan. sekalipun ia mungkin sedikit.

Sekarang ibu bapa tidak perlu lagi bimbang kerana ada rumusan khas yang disediakan dari telur burung unta yang dapat membantu memajukan anak dalam mata pelajaran Matematik dan Sains serta mata pelajaran lain. Secara tidak langsung ia dapat mem­bantu anak mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Setelah mengkaji keistimewaan yang terdapat pada kulit telur burung unta (Calfarea Carbanica Ostrearum), Pakar Perubatan Homeopati , Prof Dr. Azizan Haji Ismail telah berjaya merumuskan suatu formula nutrisi dengan mengguna pakai kaedah pengilangan menurut farmakopia homeopati bagi membantu kanak-kanak dan pelajar agar lebih senang menguasai pelajaran Matematik, Sains dan juga pelajaran lain. i I

Formula nutrisi Dr. Azizan ini akan mendatangkan suatu harapan dan semangat baru di samping mening­katkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran yang dirasakan sangat payah. Formula nutrisi Dr. Azizan dina­makan MATSA. Harus diingat MATSA bukan sejenis ubat. Ubat digunakan untuk merawat penyakit tetapi kele­mahan dalam Matematik dan Sains bukanlah merupakan suatu penyakit. Dengan itu ia tidak mungkin akan memudaratkan kita. MATSA dirumus menggunakan bahan baku lain terma­suk ekstrak getah pokok Ipoh yang telah dinyahkan ketoksikannya dan diperkuatkan melalui kaedah pencair­an bersiri. Formula nutrisi MATSA disediakan menurut ilmu pengilangan berpandukan farmakopia homeopati yang Dr. Azizan pelajari di Jerman Barat pada tahun 1984.

Sewaktu Dr. Azizan menjadi pendidik dan terlibat dengan kerja-­kerja peperiksaan dengan Lembaga Peperiksaan Cambridge dan Lembaga Peperiksaan Malaysia, beliau telah membuat penelitian bahawa pelajar Melayulah yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Matematik dan Sains berbanding bangsa lain. Sebab itulah Dr. Azizan menghasilkan MATSA yang dirumuskan khusus untuk pelajar Melayu.

Pulihkan Semangat

Rumusan MATSA didapati sangat berfaedah kepada pelajar yang mem­punyai ciri dan sifat berikut iaitu rasa bimbang, takut, was-was dan terlalu resah pada waktu petang, takut ditimpa kemalangan, sakit atau gagal peperiksaan.

Ia juga sesuai kepada mereka yang pelupa, tidak bersemangat untuk belajar, anak yang degil, malas, pemarah, sensitif kepada apa sahaja dan tidak boleh bising-bising. Tidak suka dihampiri atau disentuh oleh sesiapa pun termasuk ahli keluarga sendiri, tak sabar menunggu atau menanti, suka berontak dan tidak mengikut perintah ibu bapa.

Selain itu, MATSA baik untuk mereka yang berperasaan sensitif atau mudah tersentuh, memendam perasa­an marah, sakit kepala dan pening­-pening kerana panas matahari, terlalu banyak berfikir sehingga menimbul­kan sakit kepala, pelupa mengenai hal­-hal yang lepas dan takut waktu malam.

Nutrisi Minda Sejak Dalam Kandungan

Prof. Dr. Azizan Ismail merumuskan satu formulasi khusus bagi ibu mengandung seawal kandungan 3 bulan. Rumusan yang diberi nama SALINDAH ini bukan sahaja membekalkan nutrisi untuk minda cergas sejak bayi malah ianya juga berfungsi memudahkan proses bersalin.

Tiada Kesan Buruk

Munurut Prof. Dr Azizan lagi, MATSA bukanlah ubat. la rumusan biasa berasaskan sains homeopati dan tidak meninggalkan kesan sampingan atau kesan buruk. Ini adalah suatu ikhtiar untuk menolong mereka yang memer­lukannya. Kajian menunjukkan kesan sangat baik terhadap mereka yang menggunakannya.

Share/Save/Bookmark

 
 

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PT3; KE MANA HALATUJU PELAJAR SETERUSNYA

19 Dec

Musim menerima keputusan peperiksaan penting seperti PT3, SPM dan lain-lain seumpamanya akan kembali lagi. Perasaan berdebar-debar bukan sahaja dirasai oleh para calon tetapi juga oleh ibu bapa. Malah ibu bapa tertanya-tanya, kemanakah hala tuju anak-anak selepas ini.

Bagi calon yang memperolehi keputusan cemerlang, pastinya tawaran akan datang mencurah-curah. Namun hakikatnya, bilangan yang kurang cemerlang adalah lebih ramai. Lantaran mereka terpaksa bersaing untuk memilih kursus yang diminati, apatah lagi untuk memperolehi biasiswa.

Namun, masa depan anak-anak tidak boleh disandar kepada kecemerlangan akademik semata-mata. Ada di antara anak-anak yang tidak mampu cemerlang dengan akademik tetapi mempunyai kecenderungan di dalam bidang-bidang kemahiran tertentu.

Malah ramai juga orang yang berjaya bukan daripada kalangan orang yang cemerlang akademik. Sebaliknya mereka meneroka dan mendalami bidang kemahiran yang mereka minati di institusi-institusi yang tertentu. Walau bagaimanapun, semuanya perlukan perancangan yang baik.

Ibu bapa perlu mempunyai maklumat yang cukup untuk membantu anak-anak membuat keputusan, membuka jalan dan memberi peluang menemukan anak-anak kepada saluran yang tepat. Apatah lagi pada ‘Zaman On-line’ ini, para calon dan ibu bapa perlu lebih peka dan ’updated’ agar anak-anak tidak terlepas peluang yang sepatutnya. Dapatkan maklumat yang lengkap berkaitan saluran dan bidang-bidang vokasional yang berpotensi.

Program teknik dan vokasional merupakan salah satu bidang bukan akademik yang mampu melahirkan tenaga mahir yang penting kepada negara. Oleh itu anak-anak yang kurang cemerlang akademik tidak perlu membuang masa. Mereka boleh terus mengambil peluang bidang teknik dan vokasional selepas peringkat PT3.

Tindakan awal memasuki bidang kemahiran lebih menguntungkan berbanding meneruskan sehingga tingkatan 5 dengan pencapaian akademik yang tak seberapa. Malah mereka terpaksa bersaing pula dengan segelintir pelajar yang bijak tetapi sengaja memilih bidang kemahiran untuk jaminan kerjaya, yang mana mereka ini mampu meneruskan di bidang akademik tetapi meragui peluang kerjaya.

Kolej Vokasional adalah salah satu platform yang sesuai untuk lepasan PT3. Apa yang lebih penting adalah pemilihan bidang hendaklah berdasarkan MINAT + PROSPEK masa hadapan selaras dengan peluang kerjaya. Pelajar boleh merujuk kepada kaunselor sekolah masing-masing untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan lebih tepat.

# Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional: Syarat kelayakan dan kursus-kursus yang ditawarkan;

http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

# Pendaftaran pelajar tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh

http://apps5.moe.gov.my/permohonansst4/spat4_2015/

# Penajaan Pengajian Tinggi

http://www.moe.gov.my/v/penajaan-SPT

Share/Save/Bookmark

 
 

Tips Mujarab Mendidik Anak Cemerlang Dunia Dan Akhirat

13 Dec

Jom amalkan 10 tip mujarab drp Prof Muhaya di bawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat “iyyakanakbudu waiyyakanastain” – yang ertinya “Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..”, mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) dan ucapan ini adalah DOA dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat dan kita juga selalu beritahu dia yang kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh. Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya anak kita dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan “Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia…..untuk faham agamanya “, [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi “. Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

P/s: Jom pakat-pakat kita amalkan dan sebarkan ilmu yang bermanfaat.

Share/Save/Bookmark